;(
Bukan senang untuk aku terima semuanya dengan redha, tetapi aku cuba ikhlaskan hati menerima segala kekecewaan. Kadang-kadang aku rasa aku kejam. aku memaksa atau dia terpaksa? sungguh aku sayang seribu kali sayang, kalau boleh aku nak bagi tahu semua orang, betapa sayangnya aku pada susuk tubuh itu. Betapa berharganya dia buat aku. Tetapi semunya tak seindah dulu, semuanya tidak seindah yang orang nampak dari luaran. Kadang-kadang aku terfikir, perlukah aku undur diri dari semua ini? mampukah aku untuk berdiri sendiri? aku tidak mahu memaksa, aku tidak mahu kasih sayang yang dipaksa, kembalikan yang dulu, aku mahu kamu yang dulu. ;(
Dulu dan sekarang
Kalau dulu aku tersenyum riang. Tetapi hari ini aku tersenyum dengan tangisan. Aku pendam semua yang menyakitkan, aku simpan diam-diam jauh-jauh di sudut hati. Aku terima semuanya. Aku tahu ini semua hukuman buat aku. Hukuman di atas kesalahanku. Tetapi kenapa disebabkan satu keburukan semua kebaikanku dilupakan? semua pengorbananku tidak diendahkan?
sesuatu yang tinggal
Dalam sekelip mata, semuanya berubah, aku seakan-akan bermimpi, segala yang aku bina, segalah yang aku cuba jaga, segala yang aku harapkan perlahan-lahan hilang. Perlahan-lahan pergi. Mungkin disebabkan satu keburukan dia lupa semua kebaikan.
Bersabarlah, ini hukuman.
Tersenyumlah, ini dugaan dalam setiap perhubungan.
Ketawalah, ini semua kebahagian masa depan.
Hargailah, kerana masih berkesempatan untuk punya dia. ;)
Bersabarlah, ini hukuman.
Tersenyumlah, ini dugaan dalam setiap perhubungan.
Ketawalah, ini semua kebahagian masa depan.
Hargailah, kerana masih berkesempatan untuk punya dia. ;)
hukuman
Hukuman untuk segala sikap buruk ku.
Aku redha jika ini hukuman buat aku, aku pasrah dengan keadaan, aku terima dengan senyuman. Mungkin ini hukuman untuk segala kata-kata cacian. Hukuman untuk segala kekasaran dan keterlanjuran kata. Hukuman untuk setiap kesalahan yang pernah aku lakukan. Hari ini aku sedar, aku hancurkan sekeping hati yang dulunya penuh dengan kesabaran melayan segala kerenahku. Kenapa baru hari ini aku sedar. Kenapa tidak dulu. Hari ini satu yang aku letakkan dalam diri "berubah". Bantu aku untuk berubah, kembalikan semua senyuman dan kegembiraanku. Hari ini aku belajar untuk "BERUBAH".

bahagia atau berduka?
Aku pilih untuk bahagia, tetapi bahagiakah aku? Atau aku perlu pilih untuk berduka? kuatkan aku? Persoalan demi persoalan, aku kejar bahagia, tetapi kadang-kadang duka yang menghampiri. Ya dugaan tuhan. Dugaan yang perlu aku tempuh dengan tabah dan sabar. Dengan segala kudrat yang ada aku bangun dari kekecewaan, aku bangun dari kejatuhan, aku berlari menuju kebahagian meninggalkan duka, pergilah jauh wahai duka, sungguh aku penat untuk berduka. Dekati aku bahagia, sungguh aku kepingin untuk bahagia selamanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)