syukur

syukur,

allah kurniakan aku tahap kesabaran yang tinggi, allah kurniakan aku kekuatan yang tinggi. Alhamdulillah.
Aku harap kesabaran aku selama ini tidak disia-siakan. Aku harap aku kuat untuk menerima dugaan demi dugaan. Dan aku harap aku tidak mudah jatuh ke pangkuan orang lain di saat kesabaran dan kekuatan ku tidak dipedulikan.

;(

mungkin kau tak tahu betapa sakitnya aku

tak mengapa

apa yang boleh aku buat, mulut orang tak boleh tutup. tak mengapalah, aku redha jika aku tidak layak menerima segala yang aku inginkan dan harapkan. tak mengapalah, aku simpan rasa kekecewaan aku untuk buat orang lain tutup mulut. tak mengapalah, mungkin aku perlu belajar untuk menerima, tak mengapalah, biarlah hati aku di hiris seperti tajamnya pisau, dari biar mulut orang berkata-kata. tak mengapalah, lama kelamaan aku akan terbiasa. Tak mengapalah aku redha ;)

rindu

aku rindu kita yang dulu-dulu. ;(

jika suatu hari


Jika suatu hari nanti kau sudah tidak perlukan aku, pergilah, pergilah mencari seorang gadis seperti mana yang kau mahu, dan pastikan :
  • Dia seorang perempuan yg sanggup bersengkang mata untuk menemani kau
  • Dia seorang perempuan yg sanggup menangis bersama ketawa bersama.
  • Dia seorang perempuan yg terpikat pd kau di saat kau tiada apa-apa.Bkn sebab harta bkn sebab rupa bukan sbb nama.
  • Dia seorang perempuan yg sanggp bantu kau dlm jln hidup kau
  • Dia seorang perempuan yg sanggup kumpul duit belanja tiap-tiap hari cuma untuk melihat kau makan kenyang bersama dia setiap hari
  • Dia seorang perempuan yg tidak akan makan kalau kau tidak makan
  • Dia seorang perempuan yg snggup mencatat semua impian kau dlm diarinya dan menyimpan hasrat untuk hadiahkan semua itu pd kau
  • Dia seorang perempuan yg snggup berhabis duit dan tenaga demi kau
  • Dia seorang perempuan yg sanggp membela kau di saat semua org menjatuhkan kau
  • Dia seorang perempuan yg akn memeluk kau di saat kau kecewa dgn masa lalu kau
  • Dia seorang perempuan yg disenangi oleh keluarga kau
  • Dia seorang perempuan yg sanggup memberi tempat berteduh mencari perlindungan untuk kau semasa kau dibuang tiada tempat utk bergantung.
  • Dia seorang yg sanggup mnjaga makan pakai minum kesihatan kau lbh dr dirinya sendiri
  • Dia seorang perempuan yg snggup menghabiskan 24jam waktunya cuma untuk menemani kau
  • Dia seorang perempuan yg ttp berkata syg walau sejuta kali kau sakitkan dia
  • Dia seorang perempuan yg snggp lepaskan kau supaya kau bhgia dgn pilihan hidup kau.